Amerika Selatan

29 maut nahas bas di Peru

Oleh BERNAMA

Lima: Sekurang-kurangnya 29 penumpang terkorban dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas dinaiki terjunam ke dalam gaung di tengah bandar Peru pada Selasa, menurut polis tempatan.

Kemalangan berlaku 4 pagi waktu tempatan di Kilometer 72, lebuh raya antara bandar raya Lima dengan Huanuco.

Bas malang itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh tebing sebelum terjunam 100 meter ke dalam gaung berdekatan Sungai Rimac, lapor Xinhua.

Polis sedang menyiasat punca nahas.

Siasatan awal mendapati 'kenderaan tersebut dipandu dengan laju'.

Pihak berkuasa menutup lokasi kejadian untuk lalu lintas dan mereka yang cedera dipindahkan ke hospital berdekatan.

Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 12:53pm
d