mutakhir

Honda CBR150R tampil aura reka bentuk seakan motosikal berkuasa tinggi

Oleh Nur Amirah Abd Rani

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda CBR150R baharu, sebuah motosikal sport berprestasi tinggi dengan gaya perlumbaan dilengkapi ciri teknologi tinggi. 

Model ini didatangkan dengan menampilkan aura reka bentuk seakan motosikal berkuasa tinggi pada pandangan pertama. 

Ini kerana, motosikal ini dilengkapi enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150 cc yang mampu mencapai kuasa maksimum 12.0 kW pada 9,000 rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000 rpm.

CBR150R ini dilihat mampu memberikan prestasi terbaik di kelasnya berikutan prestasi dan pengendalian menonjol menerusi gabungan transmisi kuasa 6-kelajuan. 

Antara teknologi utamanya, ia dilengkapi dengan konsep 'Total Control' di mana model ini menawarkan reka bentuk motosikal yang lebih ringan dan agresif, dengan kawalan lengkap. 

Penunggang juga tidak perlu risau kerana model ini dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System 2-Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek.

Selain itu, Klac Assist & Slipper meningkatkan keselesaan dalam perjalanan dengan mengelakkan gelinciran tayar belakang disebabkan oleh brek enjin semasa penurunan ekstrem dan penunggang dapat mengalami operasi klac lebih lancar.

Reka bentuk model ini turut diperkemaskan dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif. 

Selain itu, sistem suspensi pada model ini turut menjadikan pengendalian motosikal ini lebih stabil ketika menunggang pada kelajuan yang lebih tinggi. 

Lebih menarik, penunggang boleh menunggang dengan posisi racy ke depan dan fairing dengan penuh gaya dengan adanya suspensi depan terbalik.

Ciri lain yang turut dilengkapi adalah seperti brek cakera beralun yang menekankan penampilan sporty, meter kelajuan digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), secara automatik mengaktifkan lampu bahaya apabila brek dikendalikan untuk memberi amaran kepada persekitaran dan mengelakkan kemalangan daripada berlaku. 

Honda CBR150R baharu ini boleh didapati dalam dua warna pilihan iaitu Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red pada harga RM12,499 tidak termasuk cukai jualan, insurans dan pendaftaran. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda CBR150R, boleh kunjungi pengedar Honda berdekatan anda atau hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau layari laman sesawang www.boonsiewhonda.com.my.

Disiarkan pada: September 13, 2021 @ 5:56pm
d