mutakhir

334 kematian Covid-19 dilapor

Oleh Ilah Hafiz Aziz

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 334 kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 24,078 kes.

Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, 84 daripada 334 kematian itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan BID kepada 4,648 kes.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes berlaku kerana proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu atau sebaliknya memakan masa.

Daripada 334 kes kematian itu, 205 daripadanya di Lembah Klang dengan Selangor mencatat 187 kes dan Kuala Lumpur 18 kes.

Diikuti Johor dengan 37 kes, Kelantan (20), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10), Kedah (8), Pahang (7), Pulau Pinang (7), Terengganu (6), Negeri Sembilan (5) dan tiga di Melaka.

Tiada kematian di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Portal COVIDNOW setakat ini menunjukkan, 18,786,636 orang atau 57.5 peratus individu sudah lengkap vaksin manakala 22,223,652 lagi atau 68 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Disiarkan pada: September 22, 2021 @ 12:36pm
d