mutakhir

Tempoh menunggu dos kedua AZ dipendekkan [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Tempoh menunggu janji temu pengambilan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ) akan dipendekkan daripada sembilan kepada enam minggu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan itu terpakai untuk individu yang menerima vaksin bermula 1 Oktober ini.

Menurutnya, individu yang mengambil suntikan vaksin AZ bermula tarikh itu tidak perlu menunggu sembilan minggu untuk mendapatkan suntikan kedua.

"Ini kerana penerima akan menerima dos kedua selepas enam minggu mendapat dos pertama," katanya ketika sidang media khas, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 24, 2021 @ 6:38pm
    d