rap

Enggan ambil risiko

Oleh Norhayati Nordin

DALAM kebanyakan pelakon wanita tanah air, Nadiya Nisaa pastinya antara nama yang cukup mendapat perhatian pada kalangan pengarah dan penerbit drama mahupun filem tempatan.

Bukan cuma disebabkan dia sudah memenangi beberapa anugerah yang mengiktiraf bakat lakonannya, tetapi ibu kepada dua anak ini ternyata berjaya memainkan setiap peranan dilakonkan dengan baik dan berkesan.

Tidak secara berlebihan atau adanya kekurangan pada setiap watak dilakonkan itu, Nadiya berjaya memberi 'rencah' yang cukup serta pelbagai hingga penonton tidak bosan dan dapat menerima lakonan dipersembahkan seadanya.

Muncul dalam drama 24 episod, Penghulu Interim di Awesome TV baru-baru ini bersama rakan pelakon, Beto Kusyairy, gandingan mereka diakui mantap. Kedua-duanya profesional memainkan watak sebagai suami dan isteri.

Nadiya berkata dia dan Beto sudah banyak kali juga berlakon bersama meski tawaran untuk gandingan mereka tidak selalu diterima. Katanya, biasa sekitar dua tahun barulah mereka akan dipertemukan di lokasi penggambaran semula.

"Saya dan Beto, kami tidak selalu mendapat tawaran berlakon bersama. Boleh dikata, dalam tempoh dua tahun, kami akan bertemu semula. Jadi, apabila sesekali dapat berganding itu, saya akan cuba memberi sebaik mungkin dalam lakonan.

"Biasanya, saya dan Beto kami bekerjasama dengan lancar. Mungkin kami sudah cukup faham dengan selok-belok lakonan dan paling penting memahami watak masing-masing. Kami juga suka berbincang sesama pelakon dan pengarah," katanya.

Nadiya berkata dia sangat berterima kasih kepada penonton yang menerima baik drama Penghulu Interim berkenaan. Katanya, drama itu adalah kisah masyarakat dan banyak mesej yang diketengahkan.

Terbabit penggambaran drama Penghulu Interim ketika pandemik Covid-19 menular, Nadiya berkata mereka berhadapan cabaran kekangan pergera

kan serta wajib patuh prosedur operasi stadarad (SOP) ditetapkan. Katanya, situasi bekerja ketika pandemik memang kena lebih berhati-hati.

Berbicara juga mengenai suntikan vaksin Covid-19 yang harus dilengkapkan dua dos, Nadiya berkata ia sebagai ikhtiar kita semua untuk keselamatan diri, keluarga dan orang di sekeliling. Justeru, katanya ambil saja vaksin itu kerana ia juga percuma.

"Saya ambil vaksin kerana perlu keluar bekerja dan di lokasi penggambaran pula pastinya terdedah dengan ramai orang. Jadi, apabila sudah vaksin saya sukurang-kurangnya tidak memberi risiko kepada orang lain.

"Bekerja sebagai pelakon ini, ia secara berkumpulan, jadi jika ada individu tidak mahu divaksinasi tentunya akan membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling. Bagi saya, tidak seharusnya ia berlaku dan kita harus ambil iktibar," katanya.

Nadiya berkata kewujudan Covid-19 bukan main-main. Ini kerana, seluruh dunia menghadapinya dan hingga sekarang hampir dua tahun, keadaan belum lagi reda dan pulih. Justeru, katanya, kita semua kini perlu sedia hidup bersama Covid-19 yang ada di dalam komuniti.

Mengulas juga perkembangan kerjaya lakonannya, Nadiya berkata dia ada mendapat beberapa tawaran berlakon, tetapi perlu mengatur semula jadual kerja baharu. Katanya, banyak perkara perlu dibuat dahulu berikutan lama duduk di ru

mah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu.

Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 6:45am
d