mutakhir

9 pemancing selamat, seorang masih hilang

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Sembilan daripada 10 pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam berdekatan Pulau Satang di sini semalam, ditemui selamat, hari ini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, operasi kini diteruskan untuk mengesan seorang lagi yang masih hilang.

"Kira-kira 5 pagi tadi, sembilan mangsa dijumpai selamat dan mereka sudah balik ke kediaman masing-masing," katanya.

Menurutnya lagi, Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, akan mengadakan sidang media, tengah hari ini, bagi memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian pagi semalam, lapan pemancing dan dua kru bot dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki dilaporkan karam di perairan Pulau Satang.

Berita berkaitan

Disiarkan pada: October 3, 2021 @ 8:47am
d