Bola Sepak

Neuer kembali aksi bersama Jerman bertemu Macedonia Utara

Oleh AFP

Berlin: Kapten Jerman, Manuel Neuer yang terlepas aksi berdepan Romania pada Jumaat akan kembali beraksi esok dalam saingan kelayakan Piala Dunia menentang Macedonia Utara menurut jurulatihnya, Hansi Flick.

"Manu menjalani latihan seperti biasa dan tidak berdepan apa-apa masalah, saya yakin dia akan bersedia apabila diturunkan nanti," kata Flick.

Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen mengambil alih tempat Neuer ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas Romania di Hamburg.

Macedonia Utara pasukan tunggal yang menewaskan Jerman dalam aksi kelayakan, menang 2-1 di Duisburg musim lalu apabila Joachim Loew masih menjadi jurulatih.

"Terdapat pasukan yang tahu bermain bola sepak dan belum lagi tewas di bawah kendalian jurulatih baharu mereka, Blagoja Milevski, kata Flick.

Disiarkan pada: October 10, 2021 @ 9:33pm
d