Asia

Kebakaran di Taiwan ragut 46 nyawa

Oleh AFP

Taipei: Kebakaran bangunan di bandar Kaohsiung, Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya 46 individu maut dan mencederakan puluhan yang lain.

Kebakaran di bangunan 13 tingkat itu memusnahkan beberapa tingkat sebelum bomba berjaya mengawal api.

"Kebakaran itu menyebabkan 41 orang cedera dan 46 kematian," kata jabatan bomba Kaohsiung dalam kenyataan.

Gambar yang dikongsi Central News Agency Taiwan menunjukkan asap menyelubungi bangunan berkenaan di saat anggota bomba berusaha memadamkan api menggunakan hos sambungan.

Jabatan bomba berkata, ia menggerakkan lebih 70 trak untuk mengawal kebakaran itu.

Kebanyakan individu yang terkorban berada di tingkat tujuh hingga 11 bangunan itu, yang menempatkan unit kediaman.

Tingkat pertama hingga ke lima adalah ruang komersial namun tidak berpenghuni.

Seorang anggota polis Kaohsiung mekalumkan AFP bahawa bangunan berkenaan berusia 40 tahun dan dihuni kebanyakannya oleh individu berpendapatan rendah.

Katanya, pihak polis menganggarkan terdapat 100 penghuni di unit kediaman.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Disiarkan pada: October 14, 2021 @ 6:04pm
d