mutakhir

Muar dilanda banjir kilat

Oleh Essa Abu Yamin
Muar: Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 2 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
  Antara kawasan terjejas termasuk beberapa lokasi di Jalan Ismail, Jalan Haji Jaib, Kampung Kelantan, Kampung Sabak Awor, Kampung Dato Sri Amar, Taman Temiang dan Jalan Bakariah.
  Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar berkata, pihaknya merekodkan paras air sedalam kira-kira 0.3 meter.
  Menurut jurucakap, ada rumah penduduk di turut dimasuki air namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  "Hujan lebat melebihi 119 milimeter mulai jam 2 petang tadi seperti yang direkodkan di stesen bacaan hujan Tanjung Agas menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Muar.
  "Penduduk yang berada di kawasan rendah yang dilanda banjir kilat dibawa ke tempat selamat. Agensi berkaitan masih menjalankan pemantauan," katanya pada kenyataan.
  Menurut jurucakap, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan keadaan cuaca baik selain banjir semakin surut.
Disiarkan pada: October 20, 2021 @ 9:02pm
d