mutakhir

PKPD di Program Bersepadu Daerah Terpencil dilanjutkan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)di Program Bersepadu Daerah Terpencil (Projek untuk Penempatan Orang Asli) Pantos, Lipis, Pahang dilanjutkan 14 hari lagi bermula 22 Oktober ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

"Lokaliti di situ sepatutnya ditamatkan esok namun dilanjutkan bermula 22 Oktober hingga 4 November ini.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Selain itu, tiada penamatan PKPD hari ini," katanya.

Disiarkan pada: October 20, 2021 @ 9:32pm
d