mutakhir

Jenazah Allahyarham Mohd Diya selamat dikebumikan [METROTV]

Oleh Nuraliawati Sabri

Melaka: Jenazah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras petang semalam, selamat dikebumikan, pagi ini.

Jenazah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini, pada jam 11.50 pagi.

Terdahulu, jenazah mangsa dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur Krubong sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Hadir memberi penghormatan terakhir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad serta Pengarah Bomba Melaka, Abu Bakar Katain.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran isteri arwah Noraida Che Nor bersama empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.

Berita berkaitan:

  • KPKT rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Diya
  • Bomba dibawa arus meninggal dunia
  • Doakan anggota bomba ditimpa kemalangan kembali pulih - PM
  • Anggotbomba dibawa arus deras masih kritikal [METROTV]
  • Disiarkan pada: October 21, 2021 @ 12:16pm
    d