Sukan Lain

Katie jaguh acara omnium wanita

Oleh Agensi

London: Katie Archibald memenangi pingat emas pertama buat Great Britain pada Kejohanan Dunia tahun ini selepas mempamerkan penguasaan dalam acara perlumbaan berbasikal omnium wanita.

Katie menamatkan saingan dengan mengumpul 137 mata selepas menempuhi pelbagai rintangan dan peringkat penyingkiran dengan mempamerkan prestasi konsisten untuk memperoleh mata perlumbaan.

Pelumba Belgium, Lotte Kopecky menamatkan saingan di tempat kedua dengan pelumba Itali, Elisa Balsamo ketiga.

"Saya agak gementar," kata Katie yang menambah gelaran utama omnium di kejuaraan dunia pada 2017.

"Saya lihat pelumba lain dalam perlumbaan scratch dan penyingkiran agak sukar, mereka kelihatan pantas."

"Terutama dengan kelayakan, ia seperti aksi pemanas badan buat acara itu dan apabila anda menempuhi acara pertama dengan baik, seperti apa yang saya lakukan dalam perlumbaan scratch, ia menambahkan keyakinan untuk berlumba dengan lebih agresif ketika mengharungi saingan."

Kejayaan pelumba berusia 27 tahun itu adalah meneruskan pencapaian menakjubkan pada 2021.

Ogos lalu, dia menjadi juara madison di Olimpik bersama-sama Laura Kenny di Tokyo sebelum merangkul tiga emas di Kejohanan Eropah dekat Switzerland awal bulan ini.

Disiarkan pada: October 23, 2021 @ 11:57am
d