utama

5,666 kes baharu Covid-19

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 5,666 kes berbanding 5,828 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,431,716 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data kes akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

Disiarkan pada: October 24, 2021 @ 4:42pm
d