mutakhir

Bajet 2022: Peruntukan RM400 juta untuk susu harian kepada murid

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian menerusi Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat khasiat harian menyeluruh untuk perkembangan fizikal dan minda.

Menurutnya, sebahagian daripada perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan

Disiarkan pada: October 29, 2021 @ 5:06pm
d