Bola Sepak

Gerrard pengurus baharu Aston Villa

Oleh AFP

London: Aston Villa hari ini mengumumkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka menggantikan Dean Smith yang dipecat.

"Pengurusan Aston Villa gembira dan berbesar hati melantik Steven sebagai ketua jurulatih kami yang baharu," kata CEO Christian Purslow.

"Sejak terbabit dengan bidang kejurulatihan selepas melalui karier gemilang sebagai pemain, Steven berjaya menguruskan dan memajukan pemain muda berkualiti di Akademi Liverpool FC yang mana pengalamannya itu amat kami hargai di Aston Villa."

Gerrard membawa Rangers menjuarai gelaran Liga Perdana Scotland musim lalu.

Disiarkan pada: November 11, 2021 @ 6:27pm
d