Hoki

Malaysia menang aksi pertama Piala Dunia Remaja

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja negara memulakan kempen kejohanan hoki Piala Dunia Remaja dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Chile dalam saingan Kumpulan A, sebentar tadi.

Berlangsung di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India, skuad negara di depan menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-34.

Skuad negara mengukuhkan kedudukan apabila menambah gol kedua selepas Syarman Mat Tee menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-43.

Chile yang cuba bangkit berjaya meraih satu gol pada minit ke-59 menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Sebastian Wolansky.

Bagaimanapun usaha lawan untuk mendapatkan gol penyamaan sudah terlambat sekali gus menyaksikan anak buah Wallace Tan meraih tiga mata penuh.

Skuad negara akan bertemu naib juara edisi 2016, Belgium pada aksi kedua kumpulan, Jumaat ini.

Disiarkan pada: November 24, 2021 @ 9:52pm
d