Eropah

Covid-19: Kematian di Jerman lepasi 100,000

Oleh AFP

Frankfurt: Angka korban akibat Covid-19 di Jerman melepasi 100,000 orang, pada Khamis.

Ia merekodkan 351 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 100,119, menurut Institut Robert Koch (RKI).

RKI turut melaporkan jumlah kes mingguan juga meningkat ke paras tertinggi dengan nisbah 419.7 jangkitan baharu untuk setiap 100,000 orang.

Jerman pada minggu lalu mengumumkan peraturan kawalan lebih ketat dengan hanya membenarkan individu yang mengemukakan bukti vaksinasi, sudah pulih daripada jangkitan atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19, dibenar untuk menaiki pengangkutan awam dan memasuki tempat kerja.

Beberapa kawasan yang terjejas teruk juga mengharamkan penganjuran pasar Krismas dan tidak membenarkan individu belum divaksin daripada memasuki gimnasium, bar dan kemudahan rekreasi.

Disiarkan pada: November 25, 2021 @ 1:36pm
d