mutakhir

Kes Covid-19 naik mendadak di empat daerah di Sabah

Oleh Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Empat daripada 13 daerah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak jumlah kes Covid-19, semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, empat daerah itu membabitkan Kota Kinabalu dengan 109 kes, Tuaran (76); Ranau (65); dan Kota Belud (56).

Beliau berkata, selain itu, antara daerah mencatatkan peningkatan kes harian adalah Kinabatangan (39); Kudat (26); Lahad Datu (11); Pitas (12); Tenom (22);Kuala Penyu (16); Penampang (35); Beluran (6) dan Tawau (4).

"Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan dengan enam daerah menunjukkan penurunan jumlah agak baik.

"Antaranya ialah Kota Marudu (20); Papar (21); Telupid (5); Beaufort (35); Keningau (11); Sandakan (4); Putatan (12); Tongod (7); Sipitang (15); Tambunan (14); Nabawan (1) dan Semporna (0).

"Namun jumlah keseluruhan kes bagi daerah mencatatkan penurunan tidak dapat mengatasi jumlah kes daerah mencatatkan pertambahan," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan, semalam.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian Covid-19 semalam kekal tiga angka dengan 622 kes, menjadikan jumlah kumulatif 230,645 kes.

Beliau berkata, lima kes kematian dilaporkan iaitu dua kes di Beaufort manakala masing-masing satu kes di Nabawan, Kota Kinabalau dan Tuaran.

Disiarkan pada: November 25, 2021 @ 1:42pm
d