mutakhir

Pengganti Mohd Rafiq diumum dalam masa terdekat - Hamzah [METROTV]

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Larut: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan pengganti Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka dalam masa terdekat bagi menggantikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Setiausaha Agong Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu akan dibuat selepas dipersetujui Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita baru sahaja terima (peletakan jawatan) hari ini dan kita ucapkan terima kasih kepada Datuk Rafiq yang meletakkan jawatan sebagai Ketua BPN Melaka (dan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka).

"Insya-Allah kita akan umumkan (perlantikan baharu) dalam masa terdekat selepas ia dipersetujui Presiden," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Tahunan Bahagian Larut 2021, di sini, hari ini.

Hari ini media melaporkan Mohd Rafiq meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua BPN Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi akan diserahkan kepada Muhyiddin esok.

Disiarkan pada: November 26, 2021 @ 5:26pm
d