mutakhir

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Perlis tertinggi

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Nilai kebolehjangkitan (RT) di Perlis mencatatkan jumlah tertinggi serta melepasi kadar untuk seluruh negara iaitu 0.96.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, nilai RT di Perlis kini melonjak kepada 1.12 berbanding yang dilaporkan pada 1 Disember lalu pada paras 1.09.

Beliau berkata selain Perlis, negeri lain yang mencatatkan nilai RT melebihi kadar di negara ini adalah Putrajaya dan Selangor dengan masing-masing mencatatkan nilai 1.01.

"Selain itu, tiga lagi negeri mencatatkan nilai 1.00 iaitu Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia diikuti masing-masing dengan nilai 0.98 iaitu Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan, Kedah dan Pahang.

"Enam negeri lagi mencatatkan nilai RT bawah paras negara iaitu 0.96 dicatatkan di Perak, masing-masing 0.95 di Sabah dan Kelantan, Terengganu (0.93), Negeri Sembilan (0.92) dan Sarawak (0.74)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 3, 2021 @ 10:18am
    d