utama

4,298 kes baharu Covid-19

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 4,298 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,896 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,658,772 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Disiarkan pada: December 5, 2021 @ 3:46pm
d