mutakhir

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas

Oleh Melvin Joni

Kuching: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di Sungai Kampung Stutong, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian daripada Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 kira-kira jam 1.37 tengah hari.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Padungan segera digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha menyelamatkan mangsa gagal walaupun anggota bomba memberikan bantuan pernafasan (CPR) ke atasnya.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: December 5, 2021 @ 6:16pm
d