mutakhir

97.3 peratus dewasa lengkap divaksin

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 22,774,778 individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam, semalam (12 Disember).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,096,370 individu dewasa di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.5 peratus atau 2,724,110 individu populasi remaja (berumur antara 12 hingga 17 tahun) sudah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,825,229 individu atau 89.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 67,376 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 63,889 dos penggalak, 2,005 dos kedua dan 1,472 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 meningkat kepada 54,891,289 dengan 3,663,587 daripadanya adalah dos penggalak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 13, 2021 @ 9:52am
    d