mutakhir

Pusat mengundi di IPK Sarawak dibuka [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuching: Pusat mengundi awal di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dibuka, jam 7.30 pagi tadi.

Seramai 872 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis berserta pasangan mengundi awal di IPK Sarawak, hari ini.

Pengundi di pusat ini membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Tupong dan Samariang.

Empat saluran undi disediakan bagi ketiga-tiga DUN berkenaan di pusat mengundi terbabit.

Terdapat khemah disediakan untuk petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memakai set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi individu bergejala.

Terdahulu, petugas KKM dilihat melakukan sanitasi di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Disiarkan pada: December 14, 2021 @ 9:52am
d