utama

4,097 kes baharu Covid-19

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 4,097 kes berbanding 3,490 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,699,240 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data akan dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

Disiarkan pada: December 14, 2021 @ 2:23pm
d