mutakhir

Melaka River Cruise hentikan operasi sementara

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Melaka River Cruise (MRC) menghentikan operasinya malam ini berikutan paras air Sungai Melaka yang terlalu tinggi.

Pengurusan MRC dalam satu kenyataan memaklumkan, penghentian operasi itu dilakukan buat sementara waktu sementara menunggu keadaan pulih.

Katanya, berikutan paras air yang tinggi, pintu baraj Sungai Melaka akan dibuka 100 peratus bagi mengeluarkan air sungai ke laut.

"Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami di talian berikut, 06-286 1530 (Kaunter Taman Rempah) dan 06-286 1531 (Kaunter Muara Sungai)," kata kenyataan terbabit.

Disiarkan pada: December 18, 2021 @ 12:23am
d