mutakhir

Cuaca mendung membolehkan pengundi keluar beramai-ramai

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Kuching: Cuaca mendung pada sebelah pagi membolehkan pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) keluar beramai-ramai bagi mengundi di 1,866 pusat saluran mengundi.

Tinjauan sekitar pusat mengundi di bandar raya ini mendapati pengundi mula beratur seawal 7.15 pagi lagi, sebelum pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi.

Sebaik pusat mengundi dibuka, pengundi mula masuk bagi menunaikan tanggung jawab bagi mengelak kesesakan.

Bagaimanapun, cuaca diramal hujan pada sebelah petang dengan seramai 1,252,014 pengundi berdaftar digalak keluar lebih awal.

Sementara itu, di Sibu, hujan tidak menghalang pengundi berkumpul di pusat mengundi sekitar bandar ini seawal 7 pagi lagi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan lancar dengan petugas keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat membantu pengundi mengikut saluran masing-masing.

Disiarkan pada: December 18, 2021 @ 10:07am
d