mutakhir

PKR, Amanah kalah semua kerusi

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Kuching: Calon PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) kalah di semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRU-12).

Pada pilihan raya kali ini, PKR meletakkan calon di 28 kerusi, manakala AMANAH bertanding di lapan kerusi.

Satu-satunya parti asal Semenanjung yang menang adalah DAP yang mengekalkan dua kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan melalui Chong Chieng Jien dan DUN Pending melalui Violet Yong.

Setakat jam 10 malam ini, parti pembangkang tempatan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang empat DUN iaitu Bawang Assan, Ba'kelalan, Batu Lintang dan Engkilili.

Disiarkan pada: December 18, 2021 @ 10:55pm
d