mutakhir

20 runtuhan tahan berlaku di sekitar Genting Peras

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang di sini, pagi hari ini hingga menyebabkan laluan kedua arah terhalang.

Kejadian itu berlaku berhampiran sempadan dengan daerah Hulu Langat, Selangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata, kejadian dipercayai berlaku pagi hari ini berdasarkan keadaan kesan runtuhan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati banyak runtuhan berlaku di sepanjang laluan berkenaan.

Terdapat lebih 20 runtuhan dengan ada runtuhan boleh dikategori sebagai sangat teruk.

Disiarkan pada: December 20, 2021 @ 1:18pm
d