mutakhir

Yayasan Bank Rakyat sumbang 500 power bank

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir di Selangor yang terjejas teruk akibat bencana alam, Yayasan Bank Rakyat bertindak menyumbangkan 500 pengecas mudah alih (power bank) kepada mereka.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan power bank itu diserahkan kepada mereka yang dikenal pasti terkesan daripada musibah itu.

Menurutnya, ia bagi memudahkan mangsa untuk berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

"Bantuan ini adalah inisiatif kemasyarakatan dalam memberi respon dalam membantu mangsa yang memerlukan bantuan segera.

"Pihak kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutamanya di Selangor yang dikatakan kali terakhir berlaku banjir besar pada tahun 1971 membabitkan negeri Selangor.

"Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa terutamanya dalam aspek komunikasi semasa bencana," katanya.

Disiarkan pada: December 22, 2021 @ 9:29pm
d