mutakhir

Berhujan saksi detik sejarah

Oleh Mary Victoria Dass dan Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Hujan lebat tidak menghalang lebih 2,000 rakyat Johor untuk berkumpul Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menyaksikan tayangan langsung istiadat persandingan diraja antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Che Puan Khaleeda Bustamam, di sini, malam kelmarin.

Kehadiran di luar jangkaan mengakibatkan empat khemah yang disediakan di situ penuh hingga sebahagian penduduk terpaksa menyaksikan paparan skrin gergasi dengan berpayung.

Seorang penduduk Kulaijaya Narrysha Saadon, 16, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah persandingan pasangan diraja walaupun melalue paparan skrin gergasi.

Sementara itu, Safiah Abdullah, 60, berkata, dia bersama suami dan cucu sudah merancang untuk menyaksikan persandingan berkenaan sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, istiadat persandingan berlangsung dengan gilang gemilang walaupun cuaca kurang baik. Pasangan diraja itu diraikan kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara selain rakyat jelata yang berbaris di sepanjang jalan.

Tunku Ismail, 30 dan isterinya itu berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar dengan menaiki kereta sambil diiringi 10 pengiring bermotosikal sepanjang tiga kilometer.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: November 10, 2014 @ 5:16am
d