utama

2,778 kes baharu Covid-19

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 2,778 dilaporkan hari ini berbanding 3,160 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,741,179 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 26, 2021 @ 4:24pm
    d