utama

Covid-19: 2,757 kes hari ini

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan dengan 2,757 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,778 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,743,936 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 27, 2021 @ 1:55pm
    d