mutakhir

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,186 orang malam ini, berbanding 836 orang petang tadi.

Mangsa daripada 350 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di Jeli dan Kuala Krai.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 9 malam, 1,016 mangsa ditempatkan di sembilan PPS di Jeli, manakala 170 orang di lima PPS di Kuala Krai.

PPS di Jeli adalah Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan (291 orang), Dewan Kesedar Bukit Lakota (186 orang), Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1 (127 orang), SK Legeh (123 orang), Masjid Gemang (111 orang), SK Lubok Bongor (90 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas (53 orang), SK Kuala Balah (28 orang) dan SK Bukit Jering (7 orang).

Kuala Krai pula Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (81 orang), Madrasah Chuchuh Puteri A (41 orang), Masjid Chuchuh Puteri A (27 orang), Pejabat Veterinar (16 orang) dan Dewan Sri Guchil (5 orang).

Disiarkan pada: December 30, 2021 @ 10:28pm
d