utama

2,641 kes baharu Covid-19 hari ini

Oleh Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 2,641 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,888 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,788,860 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Disiarkan pada: January 10, 2022 @ 2:46pm
d