Sukan Lain

Djokovic tetap fokus sertai Terbuka Australia

Oleh AFP

Melbourne: Bintang tenis, Novak Djokovic memberitahu dia masih berharap dapat beraksi di kejohanan Terbuka Australia selepas menang pertarungan visa menentang kerajaan Australia.

Hakim di Melbourne menukar keputusan membatalkan visa Djokovic berdasarkan latar belakang Covid-19 dan menamatkan penahanan pemain tidak di vaksin itu yang mungkin memberi laluan baginya bermain dalam kejohanan bermula Isnin depan.

Penganjur kejohanan, ATP, membalas dengan berkata: "Beberapa peristiwa yang membawa kepada proses mahkamah pada Isnin merosakkan banyak perkara termasuk kesihatan Novak serta persiapan ke Terbuka Australia."

Ibu Djokovic, Dijana, yang bercakap kepada wartawan di Belgrade, menganggap ia adalah kejayaan terbesar dalam karier pemain itu, lebih besar berbanding semua Grand Slam pernah dimenanginya.

Djokovic menerusi Twitter dari Melbourne berkata: "Sekalipun semua ini berlaku, saya mahu kekal dan cuba untuk bertanding di Terbuka Australia. Saya tetap memberi tumpuan kepada perkara itu."

Disiarkan pada: January 11, 2022 @ 7:53am
d