Asia

Lebih separuh warga Singapura sudah dapat dos penggalak

Oleh Agensi

Singapura: Lebih separuh penduduk Singapura sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

CNA melaporkan, dalam satu catatan di Facebook hari ini, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, ia adalah satu pencapaian penting dalam program vaksinasi negara.

Menurutnya, setiap hari kira-kira 42,000 orang mendapatkan suntikan dos penggalak.

Katanya, jumlah itu adalah peningkatan ketara berbanding 25,000 orang sehari pada bulan lalu.

Beliau menekankan bahawa suntikan dos penggalak dapat memulihkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19 dan mencegah gejala teruk akibat varian Omicron.

Disiarkan pada: January 16, 2022 @ 5:06pm
d