bisnes

Persediaan bangsa usahawan pada 2022

Shah Alam: Tanpa penjenamaan dan pemasaran yang betul, sesebuah perniagaan sukar untuk berkembang apatah lagi dalam keadaan mencabar masa ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Radz Mohd berkata, pihaknya mahu menyediakan bangsa usahawan dalam dua aspek penting iaitu penjenamaan dan pemasaran.

"Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 akan dilakukan sendiri Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman bagi menyediakan usahawan pada tahun ini.

"Kita akan lakukan secara virtual bagi mudahkan penyertaan peserta dari dalam mahupun luar negara," katanya.

Kata Radz, program itu pastinya membawa perkembangan terkini yang dapat membantu bangsa usahawan dari segi pemasaran dan penjenamaan bisnes.

"Soal pemasaran dan penjenamaan ini penting bagi membuatkan bisnes seseorang itu lebih ke depan berbanding pesaing lain.

"Program percuma ini diadakan selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mac nanti," katanya.

Jangan terlepas, keterangan lanjut anda boleh layari https://binabisnesberjaya.com/.

Disiarkan pada: January 23, 2022 @ 12:57pm
d