Asia

Penganjur Beijing 2022 sahkan enam kes Covid-19

Oleh Reuters

Beijing: Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, hari ini mengesahkan enam kes positif Covid-19 ketika ujian saringan diadakan semalam.

Daripada jumlah itu, empat kes membabitkan ketibaan baharu peserta temasya dan dua lagi adalah pihak berkepentingan yang sudah berada dalam gelung tertutup serta mengambil ujian pengesahan.

Empat kes itu daripada 529 ketibaan berkaitan Olimpik di lapangan terbang pada 23 Januari, termasuk satu kes membabitkan atlet atau pegawai pasukan, menurut kenyataan dalam laman web rasmi temasya.

Disiarkan pada: January 24, 2022 @ 3:12pm
d