utama

3,214 kes baharu Covid-19

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan kepada 3,214 kes berbanding 3,856 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,836,159 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya di Twitter, hari ini.

Disiarkan pada: January 24, 2022 @ 4:09pm
d