mutakhir

Kompaun pengunjung, pemilik pusat hiburan langgar SOP

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seramai 139 pengunjung di enam pusat hiburan sekitar ibu negara dikompaun berjumlah RM139,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jumlah kompaun itu hasil serbuan sejak 4 Februari lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, pihaknya mendapati semua pusat hiburan itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) PPN 2021.

"Selain pengunjung, enam pemilik premis turut dikenakan kompaun yang berjumlah RM6,000, dengan keseluruhan kompaun sepanjang tempoh itu adalah RM45,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 280 kompaun bernilai RM280,000 ke atas pemilik dan pengunjung pusat hiburan yang gagal mematuhi SOP Covid-19 bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.

"Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama," katanya.

Disiarkan pada: February 11, 2022 @ 2:17pm
d