mutakhir

Lelaki OKU ditemukan rentung dalam bilik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Gombak: Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) mental ditemukan rentung dalam rumah di Kampung Changkat Damai di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.04 pagi.

Katanya, 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Selayang dikerah ke lokasi.

"Sebaik tiba didapati kebakaran berlaku di bahagian bilik rumah teres dan operasi mengawal serta memadamkan kebakaran segera dilakukan.

"Anggota kemudian menemui mayat lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan rentung," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: February 15, 2022 @ 4:53pm
d