mutakhir

Jumpa bom lama dalam sungai

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Taiping: Sebutir bom lama jenis mortar ditemui seorang pekerja ketika melakukan pembersihan di Sungai Tupai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, bom lama itu ditemui lelaki berusia 47 tahun bersama tiga rakannya tanah di dalam sungai itu sekitar 8.30 pagi.

Beliau berkata, berikutan penemuan itu, pengadu membuat laporan polis dan untuk tindakan lanjut.

"Sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk pemeriksaan dan pada 12.55 tengah hari, bom lama jenis mortar bersaiz 42 sentimeter itu dimusnahkan sepasukan anggota dari Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

"Semasa proses pemusnahan, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan," katanya.

Disiarkan pada: February 25, 2022 @ 5:19pm
d