Sukan Lain

Van Aert pamer kayuhan bertenaga

Oleh AFP

Ninove: Sensasi berbasikal Belgium, Wout van Aert memulakan saingan perlumbaan klasik dengan meninggalkan peloton untuk muncul juara di Het Nieuwsbald.

Van Aert mula melepaskan diri ketika perlumbaan berbaki 13 kilometer untuk menuju ke kaki pergunungan Bosberg yang juga pendakian terakhir.

Kelompok besar yang mendahului perlumbaan agak teragak-agak untuk mengejarnya walaupun mereka mula mengatur langkah Van Aert, yang mewakili Jumbo Visma mengekalkan rentak kayuhan bertenaga.

"Saya tidak rasa sudah berada pada tahap terbaik sekarang," kata Van Aert.

Dia menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 22 saat mengatasi wakil Itali, Sonny Colbrelli yang mengetepikan dua lagi pelumba Belgium, Greg Van Avermaet dan Oliver Naesen.

"Melihat apa yang Wout lakukan hari ini, ia adalah luar biasa, tempat kedua adalah kedudukan paling terbaik mampu saya raih," kata Colbrelli.

Disiarkan pada: February 27, 2022 @ 3:21pm
d