utama

RASMI: BN dapat mandat rakyat Johor

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN itu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi membabitkan seramai 1.426 juta orang atau 54.92 peratus.

"Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) - 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) - 11, Perikatan Nasional (PN) - tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula masing-masing satu kerusi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, malam tadi.

Seramai 2,597,742 pemilih berdaftar layak untuk mengambil bahagian dalam PRN Johor kali ini.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor Penggal Ke-14 daripada Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat pada 23 Januari lalu.

Disiarkan pada: March 13, 2022 @ 12:14am
d