mutakhir

Kembar kejutkan ibu jam 5 pagi [METROTV]

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Pasangan kembar, Adam Farish dan Adam Mikael Azizul, 7, mengejutkan ibunya seawal 5 pagi untuk bersiap ke sekolah, hari ini.

Dua beradik juga sudah meminta ibu, Khadijah Ibrahim, 35, supaya menggosok pakaian sekolah mereka sebelum tidur, 11.30 malam semalam.

Khadijah dari Kampung Cabang Tiga berkata, dua anaknya itu begitu teruja untuk kembali ke sekolah.

"Sebaik bangun dari tidur, dua beradik itu sudah siap memakai pakaian sekolah," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Cabang Tiga, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah), Awi Salleh berkata, seramai 22,617 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan secara bersemuka. hari ini.

Katanya, seramai 65,477 murid tahun satu, lima dan enam memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, manakala 66,358 murid tahun dua, tiga dan empat mengikuti pembelajaran secara penggiliran.

Disiarkan pada: March 21, 2022 @ 9:58am
d