utama

Gempa bumi lemah di Beluran

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Beluran: Satu kejadian gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui akaun sosial rasminya memaklumkan gempa berlaku dengan kekuatan 3.8 skala Richter.

Jarak gempa dilaporkan 47 kilometer dari timur Pitas dengan kedalaman tujuh kilometer.

MetMalaysia turut menyatakan gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya.

Agensi berkenaan akan terus memantau keadaan terbabit.

Disiarkan pada: March 28, 2022 @ 9:22pm
d