Asia

Kedai roti di Lubnan henti operasi

Oleh BERNAMA

Beirut: Lebih banyak kedai roti di selatan Lubnan akan menggantung perniagaan di tengah-tengah masalah kekurangan tepung gandum, menurut ketua Sindiket Pemilik Kedai Roti di Lubnan Selatan.

"Sebilangan besar kedai roti menghentikan kerja hari ini dan lebih banyak lagi akan mengambil langkah sama esok kerana mereka tidak lagi mempunyai tepung dan sukar memenuhi bekalan roti bagi rakyat," kata Zakaria Al-Arabi Al-Qudsi seperti dilaporkan laman berita Elnashra, menurut Xinhua.

Menteri Kewangan Lubnan mengumumkan bulan lalu bahawa konflik Ukraine-Rusia menjejaskan akses negara itu kepada gandum.

Beliau sedang berusaha mendapatkan sumber lain bagi komoditi itu tetapi harus menantikan dana daripada bank pusat.

Lubnan sedang bergelut dengan krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan kekurangan mata wang dolar Amerika yang menghalang keupayaan negara itu untuk mengimport keperluan makanan asasnya.

Krisis itu diburukkan lagi dengan konflik Ukraine-Rusia dengan Lubnan mengimport sebahagian besar gandumnya dari kedua-dua negara terbabit.

Disiarkan pada: April 13, 2022 @ 6:33pm
d