mutakhir

6 terkorban pertempuran di Masjid Al-Aqsa

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Enam lagi penduduk Palestin dilaporkan terbunuh susulan pertempuran dengan polis Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Berita sedih itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam Facebook miliknya, hari ini.

"Enam syuhada terkorban dalam 24 jam terakhir di Palestin.

"Suasana semakin genting mendekati Passover Yahudi," tulisnya.

Terdahulu, AFP melaporkan penduduk Palestin dan polis Israel bertempur di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pagi Jumaat, menurut saksi dan petugas perubatan.

Saksi berkata, penunjuk perasaan membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel.

Tentera rejim melepaskan tembakan peluru getah terhadap sebilangan penunjuk perasaan.

Insiden ini terjadi selepas ketegangan yang berlarutan selama tiga minggu.

Ia menyaksikan 21 penduduk Palestin terbunuh.

Disiarkan pada: April 15, 2022 @ 10:28pm
d