Permotoran

Zarco raih petak utama di Portugal

Oleh AFP

Portimao: Pelumba MotoGP Perancis, Johann Zarco akan memulakan saingan Grand Prix (GP) Portugal di petak utama.

Dia yang mewakili Ducati Pramac berjaya menduduki tangga teratas sesi kelayakan selepas mengatasi pelumba Sepanyol, Joan Mir.

Aleix Espargaro mencatat masa ketiga terpantas, manakala penyandang juara, Fabio Quartararo akan memulakan perlumbaan di petak kelima.

Pendahulu keseluruhan, Enea Bastianini gagal beraksi di kelayakan kedua selepas terbabit dalam kemalangan dan menamatkan masa ke-18 terpantas.

Disiarkan pada: April 23, 2022 @ 10:20pm
d